Honda Malaysia mencatatkan jualan lebih daripada 80,200 unit kereta pada 2022, melonjak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jualan tersebut mengatasi sasaran awal sebanyak 80,000 unit dan membolehkan Honda mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.